Jumat, 27 Juli 2012

SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU‘AWIYAH


Pengenalan

       Surat khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di Syam telah terbongkar selepas pembunuhan al-Husain bin Ali a.s di Karbala’. Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, bukan sahaja menyedihkan keluarga Rasulullah s.a.w, malah seluruh umat Islam yang Mukminin (Ibn al-Athir , al-Kamil fi al-Tarikh , Cairo 1976, iii, hlm. 19 ).
       Perlantikan Mu‘awiyah sebagai gabenor di Syam telah berlaku selepas kematian abangnya Yazid bin Abu Sufyan di dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakr di atas cadangan Umar bin al-Khattab. Malah Khalifah Abu Bakr terpaksa akur kepada cadangannya. Tetapi surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di dalam kajian sekarang adalah surat yang ditulis oleh beliau sendiri semasa pemerintahannya kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan sebagai gabenornya di Syam.
           Pada mulanya Abdullah bin Umar bin al-Khattab telah menyeru orang ramai supaya menentang Yazid bin Mu‘awiyah di atas tindakannya membunuh al-Husain bin Ali di Karbala’. Tetapi sikapnya telah berubah selepas beliau dipanggil oleh Yazid bin Mu‘awiyah ke Istananya di Syam dan membaca surat bapanya yang ditulis kepada bapa Yazid; Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah adalah terjemahan dari buku Bihar al-Anwar, Beirut, 1995, oleh al- ‘Allamah al-Majlisi r.h.xxx, hlm. 287-299 ).

                                 Sanad Surat  Khalifah Umar

                    Abu l-Husain Muhammad bin Harun bin Musa al-Tala‘kabari telah memberitahu kami, beliau berkata: Bapaku r.a telah memberitahuku, beliau berkata: Abu Ali Muhammad bin Hammam berkata: Ja‘far Ibn Muhammad bin Malik al-Fazari al-Kufi telah memberitahuku, beliau berkata: Abdu r Rahman bin Sinan al-Sairafi telah memberitahuku daripada  Ja‘far bin Ali al-Hiwar daripada al-Hasan bin al-Miskan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar al-Ja‘fi daripada Jabir al-Ja‘fi, daripada Sa‘id bin al-Musayyab, beliau berkata:
                       
                 Teks Terjemahan Peristiwa Karbala’, Dan Sikap Abullah
                                                   Bin Umar

              “Manakala al-Husain bin Ali a.s dibunuh, dan berita kematiannya tersibar di Madinah; tersibar berita pemotongan kepalanya dan dibawanya kepada Yazid bin Mu‘awiyah, pembunuhan lapan belas orang daripada keluarganya, pembunuhan lima puluh tiga lelaki daripada Syi‘ahnya, pembunuhan Ali, anak lelakinya yang masih kecil di hadapan beliau dan keluarganya dijadikan tawanan, lalu diadakan majlis pengkebumian (Ma’tam) di sisi isteri Nabi s.a.w di rumah Umm Salmah r.a, di rumah-rumah Muhajirin dan Ansar.            

             Beliau berkata: Abdullah bin Umar bin al-Khattab keluar dari rumahnya di dalam keadaan melaung-laungkan kepada orang ramai, menampar-nampar mukanya, mengonyak-ngoyak poket bajunya  dan berkata: Wahai kumpulan Bani Hasyim, Quraisy, Muhajirin dan Ansar! Adakah dihalalkan oleh  Rasulullah (s.a.w) pada keluarganya dan zuriatnya sedangkan kamu masih hidup diberi rezeki?

             Tidak ada keputusan tanpa Yazid. Beliau telah keluar dari Madinah di malam harinya melaung kepada orang ramai dan menggalakkan mereka menentang Yazid. Khabarnya beliau juga telah menulis kepada Yazid. Apabila  melalui di hadapan orang ramai, beliau melaknati Yazid. Mereka berkata: Ini adalah Abdullah bin Umar, Ibn khalifah Rasulullah (s.a.w) di mana beliau mengingkari perbuatan Yazid terhadap keluarga Rasulullah s.a.w,dan menggalakkan orang ramai menentang Yazid, dan sesungguhnya mereka yang tidak menyahuti seruan ini tidak ada baginya agama dan Islam”.

             Penduduk Syam telah menjadi gelisah. Yazid telah mendatangi Bab al-La‘in bersama-sama orang ramai, mereka membacakannya.Kemudian Yazid telah keluar kepadanya, lalu memberitahu kepadanya tentang kasih-sayangnya kepada Abdullah bin Umar. Beliau berkata: Ledakan kemarahan Abi Muhammad, sedikit masa lagi, akan meredakannya.Lalu beliau telah mengizinkanya datang seorang diri. Lantas beliau telah memasukinya di dalam keadaan melaung seraya berkata: Aku tidak akan masuk wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya anda telah melakukan (kekejaman) terhadap Ahlu l-Bait Muhammad s.a.w, sekiranya Turkey dan Rome mampu untuk melakukannya, nescaya mereka tidak akan menghalalkan apa yang anda telah menghalalkannya. Mereka tidak akan melakukan apa yang anda telah melakukannya.

              Berdirilah anda dari permaidani ini sehingga Muslimun memilih orang yang lebih berhak.Yazid telah mengalu-ngalukannya dan memeluknya ke sisinya seraya berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Bawa bertenang dari ledakan kemarahan anda, dan berfikirlah.Lihatlah dengan mata anda dan dengarlah dengan telinga anda.

             Apa pendapat anda tentang bapa anda Umar bin al-Khattab.Adakah beliau penunjuk (hadian) khalifah Rasulullah (s.a.w), pembantunya, dan mertuanya melalui saudara perempuan anda Hafsah, dan beliau telah berkata: Beliau tidak menyembah Allah secara rahsia? Abdullah berkata: Beliau adalah sebagaimana anda telah perkatakannya. Apa pendapat anda mengenainya? Yazid berkata: Bapa anda telah melantik bapaku menjadi gabenor Syam atau bapaku telah melantik bapa anda menjadi khalifah Rasulullah (s.a.w)? Abdullah berkata: Bapaku telah melantik bapa anda gabenor Syam.

             Yazid berkata: Wahai Abu Muhammad! Adakah anda meredhainya dan meredhai janjinya kepada bapaku atau anda tidak meridhainya? Abdullah berkata: Malah aku meredhainya. Yazid berkata: Adakah anda meredhai bapa anda? Abdullah berkata: Ya, maka Yazid telah memegang tangan Abdullah  bin Umar dan berkata kepadanya: Berdirilah-Wahai Abu Muhammad- sehingga anda membacanya, lalu beliau telah berdiri bersamanya dan memasuki bilik khazanahnya, lalu beliau meminta satu peti.

             Kemudian beliau membukanya dan mengeluarkan darinya satu peti besi yang dikunci dan dicopkan. Lantas beliau mengeluarkan darinya scroll yang lembut diperbuat dari sutera. Beliau telah mengambil scroll dengan tangannya dan membukakannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Muhammad! Adakah ini tulisan bapa anda? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan.Maka beliau telah mengambilnya dengan tangannya dan mengucupnya. Beliau berkata kepadanya: bacalah.Maka Abdullah bin Umar telah membacanya, maka ini adalah kandungan suratnya:

             Teks Terjemahan Surat Khalifah Umar Kepada Mu‘awiyah
     
             “ Bismi l-Lahi r-Rahmani r-Rahim. Sesungguhnya beliaulah (nabi saw) yang telah memaksa kami dengan pedang (nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora.Niat dan bisikan hati (kami)  meragui dakwahnya kepada kami (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ), tetapi kami telah mentaatinya mengenainya, kerana mengilakkan pedangnya ke atas kami (Ata‘naa-hu raf‘an li-suyufi-hi  ‘alai-na). Apatah lagi semakin bertambahnya bilangan kabilah dari Yaman yang akan menentang kami. Dan sokongan daripada mereka yang telah meninggalkan agama mereka di kalangan Quraisy. Maka aku bersumpah dengan Hubal, semua berhala, al-Laata dan al-‘Uzza bahawa Umar tidak pernah mengingkarinya semenjak beliau menyembahnya! (Fa-bi-Hubalin uqsimu wa l-Asnaam,wa l-Authaan wa l-Laata wa l-‘Uzza ma jahada-ha …. muz ‘abada-ha) , tidak pernah menyembah Ka‘bah sebagai Tuhan, tidak  pernah membenarkan perkataan Muhammad dan keluarganya (wa la  ‘abada li l-Ka‘bah rabban wa la Saddaqa li-Muhammadin wa Ali-hi qaulan). Aku tidak memberi salam kepadanya melainkan untuk mengilakkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad s.a.w) telah mengkemukakan kepada kami sihir yang besar. Sihirnya telah melebihi sihir Bani Israil bersama Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman dan anak lelaki ibunya  Isa.

             Sesungguhnya beliau telah mengkemukakan kepada kami segala sihir yang telah dikemukakan kepada Bani Israil, bahkan melebihi sihir-sihir mereka. Sekiranya mereka menyaksikannya, nescaya mereka mengakuinya bahawa beliau adalah ketua tukang-tukang sihir (la-Aqarru la-hu bi-anna-hu sayyidu al-Saharah), maka berpeganglah-Wahai Ibn Abi Sufyan-kepada sunnah kaum anda dan pengikut agama anda serta setia kepada mereka yang terdahulu yang menentang binaan ini (Ka‘bah) di mana mereka berkata bahawa ia mempunyai Tuhan yang memerintahkan mereka supaya melakukan Sa‘yu di sekelilingnya dan Dia menjadikannya Kiblat untuk mereka. Justeru itu, mereka mengperakui solat dan Haji di mana mereka telah menjadikannya sebagai rukun. Mereka telah menyangka bahawa mereka dijadikan untuk Allah. Di kalangan mereka yang telah membantu Muhammad adalah lelaki Farsi ini (Salman). Mereka juga berkata bahawa sesungguhnya diwahyukan kepadanyanya Muhammad): “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (beribadat) ialah di makkah yang diberi berkat dan petunjuk untuk semesta alam” Surah Ali Imran 3:96.Dan kata-kata mereka “Sesungguhnya kami lihat berulan-ulang muka engkau (ya Muhammad) ke langit. Maka sesungguhnya kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai. Maka hadaplah muka kamu ke arah masjid haram (ka‘bah) di mana kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya” Surah al-Baqarah 2:144.

             Mereka telah menjadikan solat mereka ke arah batu (al-Hijarah). Apakah yang membuat  beliau mengingkari kami- jika tidak kerana sihirnya- menyembah berhala-berhala; al-Laata wa l-‘Uzza yang terdiri dari batu, kayu, tembaga, dan emas, tidak-al-Laata wa l- ‘Uzza-kami tidak dapati sebab untuk keluar dari apa yang ada di sisi kami sekalipun mereka disihir dan ditipu. Lihatlah dengan mata yang terang dan dengarlah dengan telinga yang jaga. Perhatikanlah dengan hati  dan akal anda tentang kepercayaan  mereka. Bersyukurlah kepada al-Laata wa l- ‘Uzza (wa sykuri l-Laata wa l- ‘Uzza)  serta perlantikan Atiq bin ‘Abdu l- ‘Azza ke atas umat Muhammad, penguasaannya ke atas harta mereka, darah mereka, syari‘at mereka, diri mereka, halal mereka, haram mereka.

             Cukai hak yang mereka sangka bahawa mereka memungutnya untuk Tuhan mereka bagi menguatkan pembantu-pembantu mereka. Justeru itu, beliau (Umar) hidup  dengan mematuhinya secara terang-terangan, dan menghadapi kesulitan secara tersembunyi. Beliau tidak ada jalan lain melainkan bergaul dengan mereka

             Sesungguhnya aku telah melakukan tindakkan yang berani ke atas pemuda Bani Hasyim yang masyhur, benderanya yang menang dan pembantunya yang bernama Haidarah; menantu kepada Muhammad ke atas perempuan yang mereka telah menjadikannya Penghulu Wanita Sejagat (al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111; Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14 ) di mana mereka menamakannya: Fatimah sehingga aku telah mendatangi rumah Ali, Fatimah, dua anak lelakinya al-Hasan dan al-Husain,  dua anak perempuan mereka berdua; Zainab dan Ummi Kalthum serta hamba perempuannya yang dipanggil al-Fidhdhah.

             Bersama-samaku adalah Khalid bin al-Walid, Qunfudh bekas hamba Abu Bakr dan beberapa sahabat kami yang khusus.Maka akupun telah mengetuk pintu mereka dengan kuat. Lantas hamba perempuan tersebut telah menjawabku. Aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Tinggalkanlah segala kebatilan dan jangan biarkan diri anda menjadi tamak kepada jawatan khalifah, kerana ianya bukanlah untuk anda, tetapi ia adalah bagi orang yang dipilih oleh Muslimun dan mereka bersetuju kepadanya.            

             Demi tuhan al-Laata wa l-‘Uzza, jika perkara ini hanya menurut pendapat Abu Bakr, nescaya ia pasti gagal mengganti khilafah Ibn Abi Kabsyah (Rasulullah s.a.w). Tetapi aku telah melakukan sesuatu untuknya; aku telah menumpukan pemerhatianku kepadanya dan aku telah berkata kepada dua kabilah Nazar dan Qahtan selepas aku berkata kepada mereka bahawa khilafah hanya untuk Quraisy. Justeru itu, taatilah mereka selama mereka mentaati Allah (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah , I , hlm. 15-16)

             Sesungguhnya aku berkata  sedemikian adalah kerana ketangkasan Ali bin Abi Talib yang terdahulu dan  dan cintanya kepada darah yang ditumpahkannya di dalam peperangan-peperangan Muhammad dan pelaksanaan  hutang-hutangnya iaitu sebanyak 80 ribu Dirham (Al-Qunduzi l-Hanafi , Yanabi ‘ al-Mawaddah , hlm.89 ) Melakukan persedian peperangan, pengumpulan al-Qur’an dengan ushanya sendiri. Kata-kata Muhajirin dan Ansar manakala aku berkata bahawa Imamah adalah daripada Quraisy- Mereka berkata:  Si botak; Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib yang telah diambil baiah untuknya oleh Rasulullah s.a.w bagi semua penganut agamanya. Dan kami telah menerimanya memimpin Mukminin pada empat tempat.Jika kamu melupainya , maka kami tidak melupai Baiah, Imamah dan khilafah serta wasiat adalah hak yang benar difardhukan, bukanlah dengan sukarela (Tabarru‘an) dan dakwaan falsu (Iddi‘aan), lalu kami telah membohongi mereka (fa-Kadhdhibna-hum). Aku telah mengambil empat puluh orang lelaki menjadi saksi ke atas Muhammad bahawa Imamah adalah dengan pilihan (Ikhtiar).

             Ketika itu Ansar berkata: Kami lebih berhak daripada Quraisy, kerana kami telah melindungi, membantu mereka sedangkan orang ramai berhijrah kepada kami. Jika urusan ini diberikan kepadanya, maka urusan ini juga bukan untuk kamu, tanpa kami. Dan dia berkata: Bagi kami seorang Amir dan bagi kamu seorang Amir. Kami berkata kepada mereka: Sesungguhnya 40 orang lelaki telah menyaksikan bahawa para Imam adalah daripada Quraisy (Muslim, Sahih,  Cairo,1976, ii, hlm.213 ) Sebahagian mereka telah menerimanya dan sebahagian yang lain telah menolaknya. Lalu mereka bertengkar. Maka akupun berkata: Kenapa tidak memilih orang yang paling tua umurnya dan yang paling lembut di kalangan kita? Mereka berkata: Siapakah anda maksudkan?
             Aku berkata: Abu Bakr yang telah dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam solat, dia telah duduk bersamanya di al-‘Arisy di Hari Badr bermesyuarat dengannya dan mengambil pendapatnya.Dia adalah sahabatnya di Gua (al-Ghar), suami anak perempuannya  ‘Aisyah yang di namakanya Umm al-Mukminin. Bani Hasyim datang di dalam keadaan marah disokong oleh al-Zubair dengan pedangnya yang masyhur dan berkata: Hanya Ali sahaja yang akan dibaiah atau aku akan memotong kepala dengan pedangku ini. Aku berkata: Wahai Zubair! Laungan anda adalah api kepada Bani Hasyim.Ibu anda  adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib. Beliau berkata: Demikian itu adalah satu kehormatan.Wahai Ibn Hantamah, wahai Ibn Sahhak! Diam. Beliau telah berkata sesuatu.Kemudian empat puluh orang lelaki daripada mereka yang telah menghadiri Saqifah Bani Sa‘idah telah melompat ke atas al-Zubair.

             Demi Tuhan! Kami tidak mampu mengambil pedangnya di tangannya sehingga kami menjatuhkannya ke tanah.Kami tidak dapati pembantunya menentang kami. Maka aku telah melompat ke arah Abu Bakr, lalu aku memegang tangannya dan memberi baiah. Kemudian diikuti oleh Uthman bin Affan dan semua mereka yang hadir selain daripada al-Zubair. Kami telah berkata kepadanya: Baiahlah, jika tidak, kami akan membunuh anda (Baayi‘ au naqtulu-ka). Kemudian aku telah menghalang orang ramai daripadanya. Aku berkata: Kamu tegahlah beliau, Bani Hasyim memarahi tindakkanku. Aku telah memegang tangan Abu Bakr dan membuatnya berdiri.

             Beliau di dalam keadaan gementar. Fikirannya berbelah-bagi, lalu aku telah mendesaknya ke Minbar Muhammad. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Hafs! Aku takut tindakkan Ali ke atasku. Aku berkata kepadanya: Sesungguhnya Ali sibuk untuk mengganggu anda. Abu Ubaidah bin al-Jarrah telah membantuku di dalam perkara tersebut. Beliaulah yang telah menghulur tangannya membantu Abu Bakr ke Minbar .

             Aku mendesaknya dari belakangnya seperti kambing kepada pisau yang tajam. Beliau telah berdiri di atasnya dengan kebingungan. Aku berkata kepadanya: Berucaplah! Beliau menjadi bingung dan kelu. Aku merapatkan tapak tanganku kerana memarahinya. Aku berkata kepadanya: Katakanlah apa saja. Tetapi beliau tidak memberi apa-apa kebaikan. Aku mahu menurunkannya dari Mimbar dan aku akan mengambil tempatnya (fa-arad-tu an ahutta-hu ‘ani l-minbar wa aquma maqama-hu) .
       
             Tetapi aku benci orang ramai akan membohongiku  pula tentang kata-kataku mengenainya. Orang ramai telah bertanyaku: Bagaimana pendapat anda tentang kelebihannya? Apakah yang anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w tentang Abu Bakr? Aku telah berkata kepada mereka: Aku telah mendengar tentang kelebihannya daripada Rasulullah s.a.w bahawa jika aku menjadi  satu bulu di dadanya …dan bagiku ceritanya. Aku berkata: Katakanlah sesuatu, jika tidak, maka turunlah (Qul wa illa fa-anzil). Maka telah terserlah, demi Tuhan, pada mukaku dan beliau telah mengetahui jika beliau turun, nescaya aku akan menaikinya.

             Aku telah berkata kepadanya perkataan yang tidak mencerahkan kata-katanya. Beliau telah berkata dengan suara yang lemah: “Aku telah dilantik kepada kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik daripada kamu sedangkan Ali pada kamu. Ketahuilah kamu bahawa bagiku Syaitan  sedang menggodaku (Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siasah, I, hlm.9-10). Beliau tidak maksudkannya selain daripadaku- Apabila aku tergelincir, maka kamu perbetulkan aku. Perlakuan sedemikian tidak menjatuhkan aku di hadapan kamu. Aku pohon istighfar kepada Allah untukku dan kamu”. Kemudian beliau turun dan aku memegang tangannya. Orang ramai sedang memerhatikannya. Akupun memegang tangannya dengan kuat dan aku mendudukkannya. Aku mengkemukakan orang ramai supaya memberi baiah kepadanya. Aku telah mengiringinya untuk memeriahkannya, dan berkatalah orang yang mengingkari baiahnya: Apakah Ali bin Abi Talib telah lakukan?

             Maka aku berkata: Beliau telah mencabutnya dari tengkuknya dan kurang penentangan orang ramai di dalam pemilihan mereka. Beliau hanya tinggal di rumah sahaja. Mereka telah memberi baiah kepada Abu Bakr di dalam keadaan benci. Manakala tersibar baiahnya, maka kami dapat tahu bahawa Ali membawa Fatimah, al-Hasan dan al-Husain ke rumah Muhajirin dan Ansar memperingatkan mereka tentang baiahnya ke atas kami pada empat tempat. Beliau telah menggesa mereka, lalu mereka menyediakan bantuan kepadanya di waktu malam dan menjauhinya di waktu siang.Maka aku telah mendatangi rumahnya berbincang bagi mengeluarkannya dari khilafah.

             Hambanya bernama Fidhdhah berkata-aku telah berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Supaya  beliau keluar memberi baiah kepada Abu Bakr di mana Muslimun telah bersepakat mengenainya. Beliau menjawab: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s sibuk. Aku berkata kepadanya: Tinggalkan perkara ini dan katakan kepadanya supaya beliau keluar.

             Jika tidak kami akan memasukinya dan  mengeluarkannya secara paksaan (wa illa dakhal-na ‘alai-hi wa akhrajna-hu karhan). Lantas Fatimah keluar dan berdiri di balik pintu seraya berkata: Wahai orang yang sesat dan pembohong! (Ayyuha dh-Dhaalluun wa l-Mukazzibuun) Apakah yang kamu katakan? Apa yang kamu mahu? Maka aku berkata: Wahai Fatimah! Fatimah berkata: Apakah yang anda mahu wahai Umar? Maka aku berkata: Apakah gerangan sepupu anda di mana anda sendiri perlu menjawabnya dan beliau telah duduk di balik dinding?

             Beliau berkata kepadaku: Celaka anda. Beliau telah mengeluarkan aku, lantaran itu, beliau mesti mengukuhkannya dengan hujah.Setiap yang sesat pasti menipu. Aku berkata: Tinggalkanlah segala kebatilan anda dan cerita-cerita dongeng perempuan (seluruh semesta). Katakan kepada Ali supaya beliau keluar. Fatimah berkata; Tidak ada kasih dan kehormatan. Adakah dengan parti Syaitan anda menakut-nakutkan aku wahai Umar?

             Parti Syaitan adalah lemah.Maka aku berkata: Jika beliau tidak keluar, aku akan membawa kayu api dan aku akan menyalakan api ke atas keluarga rumah ini dan membakar mereka yang ada di dalamnya (In lam yakhruj ji’tu bi l-hatabi l-jazal wa adhramtu-ha naran ‘ala ahli hadha l-Bait wa ahriqu man fi-hi) atau Ali dibawa untuk melakukan baiah[1].Aku telah mengambil cemeti Qunfudh, maka akupun memukul (nya). Aku berkata kepada Khalid: Anda dan orang-orang kita hendaklah beramai-ramai mengumpulkan kayu api. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan menyalakannya (Inni mudhrimu-ha) .

             Fatimah berkata: Wahai musuh Allah, musuh Rasul-Nya, dan musuh Amir al-Mukminin! Maka aku telah memukul tangan Fatimah dari pintu, kerana beliau telah menegahku dari membukanya. Aku telah menolaknya, kerana ia menyusahkan aku. Lantaran itu aku telah memukul dua tangannya dengan cemeti, lalu ia menyakitkannya. Aku telah mendengar laungan dan tangisan daripadanya. Aku hampir-hampir berlembut dengannya dan berpaling dari pintu, tetapi aku teringat dendam kesumat Ali, keterlibatannya di dalam pembunuhan ketua-ketua Arab, tipu daya Muhammad dan sihirnya ( wa kaida Muhammad wa sihri-hi), maka akupun telah menendang pintu itu. Perutnya telah melekat di pintu. Aku telah mendengar jeritannya dan aku kira ia telah meliputi seluruh Madinah (Ibid ).

             Beliau berkata: Wahai bapaku, wahai Rasulullah! Begitukah beliau (Umar) memperlakukan kepada kekasihmu dan anak perempuanmu. Wahai F[i]idhdhah! Peganglah aku, demi Allah, sesungguhnya kandunganku telah  dibunuh (Fa-qad wa Llahi, Qutila ma fi-Ihsya‘i min hamlin). Aku telah mendengarnya merintih di dalam keadaan beliau tersandar di dinding. Aku telah menolak pintu dan memasukinya. Maka beliau telah berhadapan denganku dengan muka yang telah menutup penglihatanku.

             Fatimah telah menepuk  tudung dua pipinya, lalu terputuslah anting-antingnya dan jatuh bertaburan di tanah. Ali pun keluar.Manakala aku dapat merasai kedatangannya, aku pun segera keluar rumah dan aku berkata kepada Khalid dan Qunfudh serta mereka  yang bersama mereka berdua: Aku telah terselamat dari perkara yang besar (Najautu min amrin ‘Azim).

             Di dalam riwayat yang lain: Aku telah melakukan jenayah yang besar di mana diriku tidak terasa selamat dengannya. Ini Ali telah keluar dari rumah di mana aku dan kamu tidak ada daya melawannya. Maka Ali pun keluar sedangkan dua tangan Fatimah  diangkat bagi mendedahkan pukulan terhadapnya; memohon kepada Allah Yang Maha Besar di atas apa yang telah berlaku. Ali meletakkan kain lembut ke atasnya dan berkata kepadanya: Wahai anak perempuan Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengutus bapa anda sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Demi Allah sekiranya anda membuka kepala anda memohon kepada Allah a.j untuk membinasakan makhluk ini, nescaya Dia menyahuti permohonan anda sehingga tidak tinggal lagi manusia di muka bumi ini.Kerana anda dan bapa anda adalah lebih besar di sisi Allah daripada Nuh(a.s) di mana telah tenggelam kerananya semua orang di muka bumi dan di bawah langit selain daripada mereka  yang berada di dalam bahteranya.Dan Dia telah membinasakan kaum Hud, kerana mereka telah membohonginya.

             Dia telah membinasakan kaum ‘Aad dengan angin yang kencang. Anda dan bapa anda lebih besar kemampuan daripada Hud. Dia telah menyiksa  kaum Thamud seramai dua belas ribu orang, kerana mereka telah membunuh unta betina. Justeru itu, Jadilah anda-wahai penghulu wanita -sebagai rahmat ke atas makhluk ini, dan janganlah anda menjadi sebagai azab. Perutnya bertambah sakit, lalu beliau memasuki rumah dan melahirkan janin. Kemudian Ali menamakannya: Muhsin.

             Aku telah mengumpulkan orang ramai, bukan kerana membanyakkan bilangan mereka bagi menentang Ali, tetapi bagi menguatkan mereka dan aku telah datang-ketika beliau dikepung- maka aku telah mengeluarkannya dari rumahnya dengan paksaan dan ditawan, kemudian aku telah mengheretkannya supaya memberi baiah. Sesungguhnya aku mengetahui dengan yakin, tanpa syak padanya bahawa jika aku dan kesemua mereka di muka bumi ini berusaha sekeras-kerasnya bagi memaksanya, nescaya kami tidak mampu memaksanya. Tetapi beliau lebih mengetahui tentang dirinya. Apabila aku tiba di Saqifah Bani Sa‘idah, Abu Bakr berdiri, dan mereka yang hadir  bersamanya mempersendakan Ali (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah, I,  hlm.14-16 )

              Lantas Ali berkata: Wahai Umar! Adakah kamu suka aku mempercepatkan bagi kamu apa yang aku telah menangguhkan bagi kamu? Aku berkata: Tidak, wahai Amir al-Mukminin! Khalid bin al-Walid telah mendengarku, demi Tuhan, lalu beliau bersegera pergi kepada Abu Bakr. Abu Bakr telah berkata kepadanya: Apakah kaitanku dengan Umar…sebanyak tiga kali, orang ramai sedang mendengar.

             Manakala beliau memasuki al-Saqifah, Abu Bakr telah berlembut kepadanya.Maka aku telah berkata kepadanya: Anda telah memberi baiah wahai Abu l-Hasan! Beliau pun  berpaling, dan memberi penyaksian bahawa beliau tidak memberi baiah kepadanya, dan tidak pula menghulurkan tangannya kepadanya. Aku benci menuntutnya supaya melakukan baiah, nanti beliau akan mempercepatkan bagiku apa yang beliau telah menangguhkannya. Abu Bakr mahu jika beliau tidak melihat Ali di tempat itu, kerana takut dan gerun kepadanya. Ali telah kembali dari al-Saqifah dan kami telah bertanya tentangnya. Mereka berkata: Beliau telah pergi ke kubur Muhammad lalu  duduk di sampingnya. Aku dan Abu Bakr berdiri di sampingnya. Kami datang berjalan dan Abu Bakr barkata: Celaka anda wahai Umar! Apakah yang anda lakukan kepada Fatimah? Ini, demi Tuhan, adalah kerugian yang jelas. Aku berkata: Sesungguhnya perkara yang paling besar di atas kamu bahawa beliau tidak memberi baiah kepada kita dan aku tidak percaya bahawa orang ramai menolaknya. Beliau berkata: Apakah anda akan lakukan?

             Aku berkata: Anda berpura-pura bahawa beliau telah memberi baiah kepada anda di sisi kubur Muhammad.Maka kami telah mendatanginya dan beliau telah menjadikan kubur sebagai kiblat di dalam keadaan menyandarkan tapak tangannya di atas tanahnya. Dan di sampingnya Salmam, Abu Dhar, al-Miqdad, Ammar, dan Huzaifah bin al-Yaman. Maka kami pun duduk di sampingnya. Aku telah mencadangkan kepada Abu Bakr supaya meletakkan tangannya sebagaimana Ali meletakkannya dan mengakui  khilafah dari tangannya.

             Maka beliau telah melakukannya. Aku telah mengambil tangan Abu Bakr untuk menyapukan tangannya ke atas tangannya (Ali a.s) Dan aku berkata: Sesungguhnya beliau telah memberi baiah. Ali telah memegang tangannya, maka aku dan Abu Bakr berdiri dan aku akan berkata: Allah akan membalas kebaikan kepada Ali, kerana beliau tidak menegah dirinya dari memberi baiah kepada anda. Manakala aku menghadiri kubur Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Abu Dhar Jundab bin Junadah al-Ghifari telah melompat dan melaung serta berkata: Demi Tuhan! Wahai musuh Allah! Ali tidak akan memberi baiah kepada Atiq. Begitulah seterusnya setiap kali kami bertemu dengan orang ramai, kami telah memberitahukan mereka tentang baiah Ali kepada Abu Bakr, tetapi Abu Dhar telah membohonginya (Ibn Qutaibah , al-Imamah wa al-Siasah ,I , hlm.14-16 )

             Demi Tuhan, beliau tidak pernah memberi baiah kepada kami pada masa pemerintahan Abu Bakr, pada masa pemerintahanku dan pada masa khalifah selepasku. Seramai dua belas orang lelaki tidak pernah memberi baiah kepada Abu Bakr dan kepadaku. Siapakah yang telah melakukan-Wahai Mu‘awiyah-perbuatanku dan siapakah yang telah bermesyuarat dengan musuh-musuhnya selain daripadaku?! Adapun anda, bapa anda Abu Sufyan dan saudara anda Utbah, maka aku mengetahui pembohongan kamu kepada Muhammad (s.a.w), tipu dayanya, kelakuannya dan tuntutannya di gua Hira’ untuk membunuhnya.

             Beliaulah yang telah mengumpulkan al-Ahzab bagi memeranginya dan penunggangan unta oleh bapa anda memimpin al-Ahzab serta kata-kata Muhammad: Allah melaknati si penunggang, pemandu dan penarik. Bapa anda adalah penunggang, saudara anda adalah pemandu, dan anda adalah penarik. Aku tidak melupai ibu anda Hindun. Beliau telah berusha dengan seorang  lelaki yang kejam sehingga beliau membunuh  Hamzah yang mereka telah menamakannya Asadu r-Rahman (Singa Yang Maha Pemurah) di bumi-Nya

             Beliau telah menikamnya dengan lembing. Beliau telah membelah hatinya dan mengambil hatinya serta membawanya kepada ibu anda.Maka Muhammad dengan sihirnya telah menyangka bahawa apabila beliau memasukkannya  ke mulutnya untuk memakannya, maka ianya menjadi batu. Lantaran itu, Muhammad dan para sahabatnya menamakannya: Akilatu l-Akbad (Pemakan hati). Kata-katanya di dalam bentuk syair bagi memusuhi Muhammad dan memeranginya:

  Kami adalah anak-anak perempuan Tariq
  kami berjalan di atas banta
  Seperti mutiara di leher
  Seperti Miski di tengah kepala
  Jika diterima kami peluk
  Jika ditolak kami berpisah dengan permusuhan.
  Kelihatan perempuannya dengan pakain kemerahan,
  muka dan kepala mereka terserlah
  bersedia memerangi Muhammad.

             Sesungguhnya kamu tidak menyerah dengan suka rela (Tau‘an). Sesungguhnya  kamu telah menyerah secara terpaksa (Karhan) di hari Pembukaan Makkah, maka beliau (Muhammad s.a.w) telah menjadikan kamu, saudaraku Zaid, Aqil saudara Ali bin Abi Talib dan al-Abbas bapa saudara mereka Tulaqa’ (Ibn al-Athir , al-Kamil fi al-Tarikh ,iii,  hlm.46-8 )

              Bapa anda berkata: Demi Tuhan, Wahai Ibn Abi Kabsyah! Aku akan memenuhi kuda-kuda dan bala  tentera menentang anda. Muhammad berkata: Diberitahu kepada orang ramai bahawa sesungguhnya beliau telah mengetahui apa yang ada pada dirinya atau Allah mencukupi syirik Abu Sufyan! Beliau memperlihatkan kepada orang ramai bahawa tidak ada seorang pun yang tinggi selain daripadaku, Ali dan orang yang selepasnya daripada Ahlu l-Baitnya. Maka sihirnya terbatal dan sia-sialah ushanya.

             Abu Bakr telah mendapatkannya dan aku selepasnya. Aku berharap, wahai Bani Umayyah, supaya kamu menjadikannya sebagai perayaan. Justeru itu, aku telah melantik anda dan aku menyalahi kata-katanya (Muhammad s.a.w). Aku tidak pedulikan karangan syairnya bahawa beliau berkata: Diwahyukan kepadaku wahyu daripada Tuhanku di dalam firmanNya: “ Dan pokok kayu yang dilaknati di dalam al-Qur’an” Maka beliau telah menyangka bahawa “pokok yang dilaknati itu” adalah kamu Bani Umayyah.

             Beliau telah menerangkan permusuhannya terhadap kamu sebagaimana Hasyim dan anak-anaknya adalah musuh Bani  Abd Syamsin. Aku- berserta peringatanku kepada anda-Wahai Mu‘wiyah!-menesihati anda, kerana kasihan belasku kepada anda, dan keresahan jiwa anda supaya anda mempercepatkan apa yang aku telah wasiatkan kepada anda tentang pelaksanaan syariat Muhammad (s.a.w) dan umatnya supaya anda  menjelaskan kepada mereka tuntutannya dengan cacian atau bergembira kerana kematian atau menolak apa yang dibawanya. Atau memperkecilkan apa yang dibawanya, nescaya kamu  akan termasuk orang yang binasa.

             Anda merendahkan apa yang anda angkat, anda meruntuhkan apa yang  anda telah membinanya. Berhati-hatilah anda jika anda memasuki Masjid Muhammad, dan mimbarnya. Benarkan Muhammad apa yang beliau bawa. Terimalah ia pada zahir. Zahirkanlah keperihatinan anda terhadap rakyat anda. Perlakulah dengan baik terhadap mereka. Berikan kepada mereka hadiah. Laksanalah hukum hudud pada mereka dan gandakanlah jenayah mereka di sebabkan Muhammad. Janganlah anda memperlihatkan mereka bahawa anda meninggalkan hukum Allah. Janganlah anda menentang fardhu. Janganlah anda mengubah Sunnah Muhammad, nescaya umat akan merusakkan kita. Bahkan lakukan kepada mereka  menurut keadaan masa. Bunuhlah mereka dengan tangan mereka. Perkuatkan mereka dengan pedang-pedang mereka. Berlembutlah terhadap mereka.

             Layanilah mereka dengan baik di majlis anda. Mulialah mereka di rumah anda. Bunuhlah mereka melalui ketua mereka. Zahirkan muka manis, malah tahankan kemarahan anda. Maafkan mereka, nescaya mereka akan mengasihi anda dan mentaati anda. Pemberontakan Ali dan kedua anaknya al-Hasan dan al-Husain tidak akan aman ke atas kami dan anda (Lihat, umpamanya, al-Qunduzi l-Hanafi , Yanabi‘ al-Mawaddah , hlm. 148-9)

             Jika anda boleh menyediakan kelengkapan, maka bersegeralah dan janganlah berpuas hati dengan perkara yang kecil.Tumpulah kepada perkara yang besar. Jagalah wasiatku dan janjiku kepada anda. Sembunyikannya dan jangan sekali-kali menzahirkannya (wa khfi-hi wa la tubdi-hi).Contohilah urusanku dan laranganku. Dan bangkitlah dengan ketaatan kepadaku. Jauhilah anda dari perselisihan denganku. Ikutlah jalan orang yang terdahulu anda. Tuntutlah dendam anda. Hapuskanlah kesan-kesan mereka. Sesungguhnya aku telah mengeluarkan kepada anda rahsi hatiku secara terang-terangan dan aku telah mengiringinya dengan kata-kataku:

  Mu‘awi sesungguhnya orang ramai telah besar urusan mereka
 Dengan dakwah mereka meliputi muka bumi ini
 Aku cenderung kepada agama mereka,tetapi  ia tidak menyakinkanku
 Aku menjauhi agama yang telah memecahkan belakangku
 Jika aku terlupa,aku tidak akan terlupa al-Walid,Syaibah
 Utbah,dan al-As di Badr
 Di bawah kecintaan hati telah menggigit kerana ketiadaan mereka
 Oleh Abu l-Hakam; aku maksudkan yang hina dari kemiskinan
 Mereka itu,maka tuntutlah-Wahai Mu‘awi-dendam mereka
 Dengan menghunuskan pedang Hind
 Hubungilah lelaki Syam secara keseluruhan
 Mereka adalah singa sementara yang lain senang dimusnahkan
 Bertawassullah secara mencapur-adukkan agama
 Yang telah mendatangi kita waktu silam mereka namakan sihir
 Menuntut dendam  yang berlalu kepada anda secara terang-terangan
 Kerana agama meliputi Bani Nadhir
 Anda tidak dapat membalas dendam melainkan dengan agama mereka
 Anda dibunuh dengan pedang mereka adalah yang baik dari Bani Nadhir
 Lantaran itu aku melantik kamu menjadi wali Syam dengan harapan
 Anda layak kembali kepada Sakhar.

             Beliau berkata: Manakala Abdullah bin Umar selesai membaca perjanjian Surat tersebut, beliau  berdiri di sisi Yazid, lalu beliau mengucup kepalanya. Dan beliau berkata: Segala puji bagi Allah-wahai Amir al-Mukminin!-kerana anda telah membunuh al-Syari Ibn al-Syari (Husain bin Ali a.s). Demi Allah! Bapaku tidak mengeluarkan (isihatinya) kepadaku sagaimana beliau telah menegeluarkannya kepada bapa anda.

             Demi Allah, tidak seorangpun daripada kumpulan Muhammad yang telah melihatku, akan suka dan meredhaiku. Maka Yazid telah memberi hadiah yang berharga kepadanya dan mengiringinya dengan penuh hormat. Maka Abdullah bin Umar telah keluar di sisinya di dalam keadaan riang-gembira. Orang ramai berkata kepadanya: Apakah beliau telah berkata kepada anda? Abdullah bin Umar berkata: Perkataan yang benar (Qaulan sadiqan lau wadad-tu inni kuntu musyarika-hu fi-hi). Aku mahu jika aku telah bersyarikat dengannya (Yazid) mengenainya (Pembunuhan al-Husain bin Ali a.s). Beliau telah berjalan pulang ke Madinah, dan jawapan yang diberikan kepada mereka yang bertemu dengannya adalah sama”.

                                               Kesimpulan

                    Surat Khalifah Umar bin al-Khattab kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari berbagai-bagai sudut di mana pembaca dapat menilainya sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa Karbala’ telah menjadi penyabab kepada pendedahan Surat tersebut, kerana Yazid bin Mu‘awiyah ingin membenteraskan sokongan Abdullah bin Umar terhadap kesyahidan al-Husain bin Ali a.s  yang akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaannya dengan mengkemukakan surat rahsi yang ditulis oleh bapanya  Khalifah Umar kepada bapa Yazid; Mu‘awiyah.

             Nampaknya pendedahan surat tersebut telah berjaya mengubah pendirian Abdullah bin Umar terhadap peristiwa Karbala’. Justeru itu, kandungan surat tersebut hendaklah dilihat dari aspek ketuhanan, kerasulan, kecintaan kepada Ahlu l-Bait a.s dan lain-lain, kerana ia menjadi penilai hakiki kepada seorang Muslim. Allah lebih mengetahui segala-galanya.

0 komentar:

Posting Komentar